
SIPITANG – Calon PH bagi DUN Sindumin, Datuk Yamani Hafez selesai membuang undi di SMK Pangiran Omar 2, pada pukul 8.05 pagi sempena hari pengundian Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.
Beliau tiba di pusat pengundian itu lebih awal sebelum memasuki saluran mengundi, sambil disambut petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memastikan aliran keluar masuk pengundi berjalan teratur.
Yamani kelihatan tenang ketika menunggu giliran dan berbaris bersama pengundi lain yang turut hadir sejak awal pagi untuk menunaikan tanggungjawab.

Selesai mengundi, beliau sempat beramah mesra dengan bekas penyandang kerusi DUN Sindumin merangkap Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Sindumin, Dr Yusof Yacob bersama isteri Datin Azizah Beniamen mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar 2.
DUN Sindumin menyaksikan pertembungan 10 penjuru antaranya membabitkan bekas Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Yamani Hafez Musa yang bertanding di atas tiket PH; Yusri Pungut (Warisan); Markus Buas (PIS); Dayang Syafiqah (PN); Sabah Moktar Matussin (STAR); Kanafia Bujang (PKS); Sani Miasin (KDM) dan tiga Bebas iaitu Wilson Liou, Abdilah Jalaf dan Ibrahim Tuah.
Dalam pada itu, seramai 25,536 pengundi yang layak pemilih di DUN Sindumin pada Sabtu.








