Wujudkan undang-undang tangani ucapan kebencian, ancam keharmonian negara

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kementerian Perpaduan menggubal atau memperkenalkan undang-undang baharu bagi mengekang ucapan berbentuk menyebar kebencian, diskriminasi, dan aktiviti mengancam keharmonian sosial di Malaysia.

Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah tersebut dilihat penting berikutan ia mampu memastikan pewujudan asas perpaduan yang kukuh, selaras dengan aspirasi negara.

Menurutnya, dasar-dasar yang diambil haruslah inklusif dan mewakili komuniti pelbagai kaum, agama, serta budaya di Malaysia, selain mempunyai kekuatan dalam mempromosikan kesamarataan dan keadilan untuk membina kepercayaan dalam kalangan masyarakat.

“Unsur utama dalam membentuk hala tuju untuk masa depan ini perlu menerapkan dasar-dasar yang inklusif, memantapkan pendidikan berbilang budaya, meningkatkan penglibatan komuniti, memupuk nilai bersama, dan memanfaatkan teknologi secara holisitik.

“Pada masa sama, perlu untuk kementerian menginstitusikan gerakan perpaduan, menyuburkan ekuiti ekonomi, membanyakkan inisiatif berfokuskan belia, program beridentiti kebangsaan, dan sokongan perundangan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Mengulas lanjut, Lam Thye berpandangan, memperkasa perpaduan negara bukanlah matlamat jangka pendek, namun ia adalah proses berterusan yang memerlukan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak berkepentingan, termasuk kerajaan, masyarakat sivil, dan seluruh rakyat. 

Beliau yang juga Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat berkata, Kementerian Perpaduan perlu menerajui peranan dalam menetapkan hala tuju jelas dan berwawasan yang menangani cabaran semasa, di samping mewujudkan asas untuk Malaysia yang harmoni dan bersatu bagi generasi akan datang.

“Perlu menerapkan pendekatan strategi yang lebih daripada sekadar retorik, dengan memberi tumpuan kepada tindakan yang boleh mengubah kepelbagaian Malaysia menjadi kekuatan terbesar negara.

“Kita akui walaupun usaha-usaha sebelum ini telah dibuat bagi memupuk keharmonian, pewujudan fokus dan strategi yang diperbaharui kini adalah penting untuk mengukuhkan perpaduan dalam negara.

“Semasa banyak usaha dilaksanakan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk kita yang pelbagai, ternyata Malaysia memerlukan fokus yang diperbaharui dan hala tuju strategik untuk meningkatkan perpaduan negara ke peringkat seterusnya,” katanya.

Bagi meningkatkan pendidikan pelbagai budaya, beliau berkata langkah merombak kurikulum sekolah untuk menekankan nilai pelbagai budaya, toleransi dan persefahaman adalah kritikal.

“Pengenalan semula program yang menggalakkan interaksi dalam kalangan pelajar dari sistem sekolah yang berbeza adalah penting untuk memecahkan tembok halangan antara mereka dari usia muda lagi.

“Kementerian juga perlu memperkasa komuniti tempatan melalui inisiatif akar umbi yang membawa rakyat bersama melalui program seperti pertukaran budaya, dialog antara agama dan projek komuniti kolaboratif untuk memupuk persefahaman dan kerjasama bersama,” katanya.

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah