Wisma Putra sah kematian Nadia Kesuma

PUTRAJAYA – Wisma Putra mengesahkan pelakon, Nadiah Kasumawati atau lebih dikenali sebagai Nadia Kesuma meninggal dunia, namun tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk punca kematiannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarga arwah.

“Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, merujuk kepada kes kehilangan seorang warganegara Malaysia di Jeddah, Nadiah Kasumawati, yang dilaporkan sejak 15 Januari 2026.

“Hasil usaha Konsulat Jeneral dalam mengesan keberadaan beliau melalui kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan dan semakan rekod berkaitan, kementerian dengan ini mengesahkan individu itu sudah meninggal dunia.

“Pihak keluarga sudah dimaklumkan mengenai berita duka ini,” kata kenyataan itu.

Katanya, bagi memastikan segala urusan berjalan lancar, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, sedang giat memberikan bantuan konsular sepenuhnya kepada pihak keluarga.

Wakil daripada kedua-dua perwakilan diplomatik Malaysia turut berada di lapangan bagi memantau perkembangan secara dekat dan memudah cara proses selanjutnya.

“Kementerian Luar ingin menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa menjadi keutamaan.

“Bagaimanapun, memandangkan kes ini membabitkan privasi pihak keluarga, kementerian ini tidak akan mengulas lanjut mengenai butiran peribadi individu terbabit bagi menghormati sensitiviti semua pihak,” katanya.

Related Posts

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

KOTA KINABALU – Pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 akan mula dikuatkuasakan pada 1 Jun ini bagi memastikan transaksi sewa beli di negara ini lebih telus dan adil kepada pengguna,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

KETIKA ekonomi dunia bergelut dengan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan inflasi global, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan tanda pemulihan yang semakin kukuh. Data terkini menunjukkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat