Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada susulan cuaca buruk di New Zealand

RAKYAT Malaysia di Wellington dan kawasan lain yang terjejas di New Zealand dilaporkan selamat berikutan cuaca buruk yang melanda negara itu pada Khamis.

Kementerian Luar, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan, tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan pihaknya akan memantau dengan teliti perkembangan situasi semasa selepas angin kencang dan hujan lebat melanda beberapa lokasi.

Wisma Putra berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan berhubungan dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas.

“Rakyat Malaysia di New Zealand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa tempatan serta mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington juga berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di kawasan terjejas,” menurut Wisma Putra dalam kenyataan pada Sabtu.

Untuk bantuan konsular, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington boleh dihubungi di talian +64-4-3852439 atau +64-210440188 (untuk kecemasan), atau melalui atau e-mel di mwwellington@kln.gov.my.

Pada 2 Mei lalu, Kerajaan New Zealand memaklumkan bahawa kebanyakan amaran cuaca buruk telah ditarik balik.

Pada Khamis, 1 Mei, Wellington dilanda angin kencang paling kuat dalam tempoh lebih sedekad, yang menyebabkan penutupan sekolah, pejabat dan pembatalan penerbangan.

Setakat ini, bandar Christchurch dan daerah Selwyn masih berada dalam keadaan darurat berikutan banjir berterusan dan penutupan jalan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Wellington telah dibuka semula, namun beberapa penerbangan masih terganggu.

Related Posts

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

CYBERJAYA – Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

CYBERJAYA – Kerajaan kemungkinan akan melaksanakan pemotongan gaji terhadap menteri sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih teruk dan runcing. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini, gaji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil