WINK bantu wanita tambah pendapatan

KUANTAN – Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) adalah antara usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam meningkatkan pendapatan penduduk, terutama dalam kalangan wanita.

Inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) itu juga memfokuskan golongan miskin bandar dan miskin tegar.

Pengerusi WINK, Sridayu Samsuri berkata, antara bidang kemahiran ditawarkan menerusi PKEB adalah kemahiran jahitan kerana ia mampu memberi pulangan lumayan kepada golongan wanita.

“Usaha ini sudah mula menunjukkan hasil dan ada antara peserta PKEB mampu memperoleh pendapatan yang baik menerusi bidang jahitan,” katanya.

Sridayu memaklumkan, program PKEB itu dilaksanakan secara berfokus dengan kerjasama WINK mendapat sokongan penuh KPKT.

“Kita sangat terharu apabila WINK sekali lagi mendapat kepercayaan KPKT melaksanakan program ini untuk tahun 2025.

“Program yang bermula sejak Februari lalu, seramai 35 wanita dipilih menyertai PKEB, khusus membabitkan kemahiran jahitan,” jelasnya.

Dia berkata, sepanjang program itu, peserta diberi latihan merangkumi pelbagai aspek jahitan, dari teknik asas hingga kemahiran yang lebih kompleks.

Katanya, setiap peserta juga dibekalkan sebuah mesin jahit industri bagi memulakan perniagaan dari rumah masing-masing.

“Adalah menjadi hasrat kami di WINK dan PKR Kuantan untuk melihat peserta ini berjaya memperoleh pendapatan tambahan dan seterusnya mengubah nasib keluarga mereka,” ujarnya.

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah