Waris Memali mahukan penjelasan Mahathir bukannya Sanusi

ALOR SETAR – Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Muhammad Sanusi Md Nor pada ucapannya pada Majlis Memperingati Peristiwa Memali kali ke-39 semalam.

Menurut Mahfuz, program itu dilakukan setiap tahun bagi mengenang penduduk kampung yang dikatakan mati syahid selepas bertempur dengan anggota polis.

Katanya, ucapan Sanusi itu agak pelik kerana mendakwa empat anggota polis yang terkorban dalam pertempuran itu terkena peluru dari senjata M16 yang digunakan oleh anggota polis sendiri.

“Makumat ini tidak betul dan dia jangan membohong walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu. Apatah lagi kebanyakan penduduk Kampung Memali yang datang sudah pasti dari golongan muda dan mereka kurang tahu peristiwa itu.

“Sebenarnya apa yang diucapkan oleh Sanusi adalah menempelak kepada penasihat empat kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pas (SG4). Difahamkan semalam penduduk di situ datang untuk mendengar cerita sebenar dari mulut Tun Mahathir sendiri. Mengapa Pas tidak menjemputnya?” soalnya.

Menurut Mahfuz, Menteri Besar itu tidak layak untuk menceritakan keadaan sebenarnya pada masa itu hingga meragut 18 nyawa termasuk anggota polis.

“Pada masa itu Sanusi pun masih bersekolah lagi dan dia boleh mereka apa sahaja cerita dengan ketiadaan mangsa-mangsa Memali hari ini. Saya cabar kepimpinan Pas hari ini supaya menjemput Tun Mahathir dan Tan Seri Hadi Awang untuk naik ke pentas yang sama bagi menceritakan keadaan sebenarnya.

“Biarlah mereka berdua menceritakan peristiwa Memali dengan keadaan sebenarnya kerana pada masa itu Tun adalah seorang Perdana Menteri dan Tan Seri Hadi orang yang mengeluarkan Amanat Hadi pada masa itu,” katanya kepada The Malaysia Press.

Tambahnya lagi, sebenarnya Pas adalah parti hipokrit kerana sebelum pilihan raya lalu pemimpinnya manasihatkan Tun Mahathir supaya selalulah ke masjid dan banyak buat amal ibadat sesuai dengan usianya hari ini.

“Bagaimanapun pada hari ini orang yang mereka lemparkan pelbagai gelaran itu dilantik sebagai penasihat.

“Adalah sangat memalukan selepas mengutuk dengan pelbagai tohmahan tetapi hari ini mengangkatnya sebagai penasihat,” katanya.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy