Warga emas maut dirempuh pacuan empat roda

SANDAKAN – Seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika melintas jalan di Jalan Batu Sapi, di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian pada pukul 7.15 malam itu, mangsa berusia 62 tahun dikatakan melintas dari kanan ke kiri jalan sebelum dilanggar kenderaan jenis Isuzu DMax dipandu lelaki tempatan berusia 31 tahun.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati pemandu kenderaan dari arah pusat bandar menghala ke Taman Mawar, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba pejalan kaki telah melintas jalan dari kanan menghala ke kiri jalan.

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu gagal membrek lalu melanggar mangsa di bahagian kanan jalan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke lorong kiri jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, George turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati serta mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Kes disiasat di bawah Sekysen 41 (1) APJ 1998. 

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa