Warga emas maut dalam kemalangan di Sarikei

SARIKEI – Seorang wanita warga emas maut manakala tiga yang lain terselamat dalam kemalangan melibatkan dua kereta di hadapan Perumahan Kastam, Sarikei pada Rabu petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.25 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei bergegas ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai.

Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Axia dan sebuah Perodua Arus.

“Dua mangsa dalam Perodua Arus dilaporkan selamat. Namun bagi Perodua Axia, seorang penumpang wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa lelaki tidak cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Chieng Lee Ung, 71, manakala penumpang selamat dikenali sebagai Wong Leh Chang, 42.

Menurut kenyataan itu, Komander Operasi, PBK I Unjah Janggau mengetuai operasi menyelamat bersama 10 anggota menggunakan sebuah jentera LFRT dan sebuah ambulans EMRS.

Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung (stretcher) sebelum diserahkan kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Setelah keadaan didapati terkawal dan selamat, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.40 petang,” katanya.

Pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori