Warga emas ditemukan meninggal dunia selepas hilang 3 hari

KOTA KINABALU – Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang selama tiga hari di Kampung Tombongon, Menggatal, di sini pada Isnin.

Sebelumnya, mangsa lelaki yang berumur 77 tahun ditemukan tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada pukul 1.20 tengah hari.

“Setibanya di lokasi pada pukul 2.05 petang dalam jarak 26 kilometer (km), pasukan bomba mendapati terdapat seorang mangsa yang dikhuatiri terjatuh di gaung kemudian dijumpai di kawasan anak sungai.

“Pasukan bomba kemudian bertindak membawa mangsa naik dengan menggunakan sistem tali.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membuat pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurut Agustavia, untuk mengeluarkan mangsa, pasukan penyelamat harus menaiki bukit cerun sejauh 1km.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

“Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 4.50 petang,” jelasnya.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan