Warga emas ditemukan meninggal dunia selepas dilapor hilang

MUAR – Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di daerah ini selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 16 September lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa berusia 63 tahun yang berasal dari Paya Rumput, Melaka dipercayai telah keluar seorang diri untuk membuat rawatan dialisis di Masjid Tanah, Melaka.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah setelah rawatan dialisis selesai pada jam 10 pagi, 16 September.

“Mangsa kemudiannya ditemukan keluarga pada jam 3.30 pagi hari ini dalam kenderaan milik anaknya yang digunakan sendiri oleh mangsa untuk membuat rawatan.

“Bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia. Siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan waris telah mengesahkan bapa mereka merupakan penghidap sakit buah pinggang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak polis telah merakam percakapan anak mangsa yang merupakan pemilik kenderaan dan mengesahkan bapanya sering menjalani dialisis di Masjid Tanah, Melaka.

Tambah Raiz Muhkliz, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), siasatan masih diteruskan dan mayat mangsa di bawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Sementara itu, anak mangsa, Firdaus Ramli, 30, berkata, pada hari kejadian, bapanya, Ramli Kasim, keluar dari rumah seawal jam 4 pagi untuk mendapatkan rawatan dialisis di Masjid Tanah.

“Ayah saya memang menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

“Saya telah membuat laporan kehilangannya pada 16 September di Balai Polis Masjid Tanah, Melaka selepas mendapati dia tidak pulang ke rumah seperti kebiasaanya selepas membuat rawatan dialisis dan laporan polis telah dibuat,” katanya.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Mohd Sharim Md Zain mencadangkan beberapa inisiatif bagi mengembalikan tarikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi di Pahang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam