Warga emas dalam perjalanan ke masjid maut dilanggar kereta

SEORANG warga emas maut dalam perjalanan ke masjid untuk solat Subuh selepas terbabit nahas dua kenderaan di Kampung Gong Duek, Jalan Jertih-Pasir Akar, dekat Besut, Terengganu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad@Abu berkata, Ismail Jusoh, 70, dari Kampung Gong Duek, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, motosikal ditunggang mangsa bertembung dengan kereta Perodua Kancil kira-kira jam 6.10 pagi.

“Mangsa keluar dari rumahnya menghala ke Masjid Kampung Gong Duek untuk solat Subuh manakala Kancil dipandu seorang lelaki tempatan dalam perjalanan dari pekan Jertih menghala Kampung Pasir Akar,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Jelasnya, pemandu Kancil berkenaan tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal ditunggang mangsa yang dikatakan keluar secara tiba-tiba dari simpang kiri untuk melintas.

“Pemandu kereta turut luka di lengan kanan dan mendapat rawatan di Hospital Besut,” katanya.

Beliau berkata, penunggang motosikal cedera parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dihantar ke Hospital Besut untuk proses bedah siasat,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

SANDAKAN – Kerajaan memberi penekanan terhadap kepentingan sinergi antara agensi Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif berkaitan tenaga kerja dapat dilaksanakan secara berkesan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

SANDAKAN – Aktiviti penjualan rokok tidak berlesen di sekitar kawasan kaki lima Pasar Batu 8, di sini, pada Sabtu menjadi tumpuan dalam satu tinjauan dan pemantauan menerusi lawatan turun padang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang