Warga emas buktikan usia bukan halangan kuasai kemahiran digital

KUCHING – Sesi pitching akhir Program TOT Website Development di bawah inisiatif Digital Kampung Project 2025 berjaya menonjolkan kemampuan peserta pelbagai generasi menguasai kemahiran digital, termasuk warga emas yang membuktikan usia bukan halangan untuk terus belajar.

Program yang dijalankan selepas lima minggu latihan itu menyaksikan empat kumpulan tampil membentangkan projek laman web masing-masing dengan yakin dan teratur. 

Setiap pembentangan dinilai oleh wakil Kuching Dev yang bertindak sebagai hakim profesional, merangkumi aspek struktur, fungsi, inovasi serta potensi pembangunan jangka panjang.

Program tersebut turut memperlihatkan kerjasama intergenerasi apabila peserta warga emas berganding bahu dengan golongan muda dalam satu pasukan, menghasilkan idea lebih matang, segar dan inklusif. 

Inisiatif ini turut disokong oleh MySDG Academy, APPGM-SDG dan Saperdu Team dalam usaha membangunkan kapasiti digital komuniti setempat.

Seorang peserta daripada warga emas, Harlisa Aliza berkata, usia bukan penghalang bagi mereka untuk menceburi dunia literasi digital. 

“Usia bukan menjadi alasan bagi kami untuk belajar kemahiran digital,” katanya lagi. 

Peserta, Ida Fazari pula menyifatkan pembabitan mereka sebagai pengalaman baharu yang menghimpunkan pelbagai generasi dalam tugasan berkaitan dunia digital untuk pembentangan secara langsung.

“Alhamdullilah, penyertaan program ini merupakan sesuatu yang baharu bagi kami terutama warga emas,” ujar Ida. 

Maklum balas peserta ini mencerminkan keyakinan dan kesediaan warga emas menerokai kemahiran baharu sebagai ‘siswazah tua’ yang terus belajar tanpa batasan.

Program yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma itu turut membuktikan bahawa kolaborasi antara generasi mampu mengurangkan jurang digital, memperkukuh sokongan pembelajaran dua hala dan melahirkan idea yang lebih praktikal serta berdaya saing. 

Pendekatan tersebut bukan sahaja menjadikan program lebih inklusif dan mampan, malah mengukuhkan usaha memperkasa komuniti digital di peringkat akar umbi.

Related Posts

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

SANDAKAN – Kerajaan Sabah merancang membangunkan semula Kampung (Kg) Bahagia sebagai perkampungan yang sah susulan kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan kawasan berkenaan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor. Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global