Warga emas 85 tahun maut dirempuh van di Pan Borneo

SARATOK – Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun maut selepas dirempuh sebuah van dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer 402.4 Lebuh Raya Pan Borneo Saratok-Sarikei pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, mengesahkan kejadian itu berlaku sekitar jam 9.45 pagi apabila sebuah van jenis Toyota Hiace yang dipandu seorang lelaki berusia 77 tahun dalam perjalanan dari Saratok ke Sarikei terlibat.

Siasatan awal mendapati van tersebut yang membawa muatan sayur-sayuran sedang bergerak di lorong kiri jalan ketika mangsa dipercayai cuba melintas secara tiba-tiba dari pembahagi jalan (divider) menuju ke bahu kiri jalan.

“Pemandu van cuba mengelak mangsa, namun jarak terlalu dekat menyebabkan wanita berkenaan gagal diselamatkan dan dirempuh,” katanya.

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Kenderaan terlibat pula mengalami kerosakan termasuk cermin hadapan pecah dan bumper hadapan sebelah kanan rosak.

Pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Saratok untuk urusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Related Posts

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

KOTA KINABALU – Program Viral Lab MADANI menjadi platform pendedahan kepada pelajar Kolej Vokasional dalam menghasilkan kandungan video kreatif dan berimpak selaras era digital. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

SANDAKAN – Orang ramai di sekitar daerah ini dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat terbang rendah atau mendengar bunyi penerbangan luar biasa bermula Jumaat hingga Ahad ini. Tentera Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

Pesta Kaamatan Kg Minintod 2026 tampil aktiviti rapatkan komuniti setempat

Pesta Kaamatan Kg Minintod 2026 tampil aktiviti rapatkan komuniti setempat

Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Sarawak tawar pelbagai aktiviti menarik di Miri

Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Sarawak tawar pelbagai aktiviti menarik di Miri

Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah