Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

BUKIT GANTANG – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan projek perintis pelantikan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas pegawai tentera dan polis di dua buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bermula Ogos ini, sebagai usaha memperkukuh kawalan disiplin dan sahsiah pelajar di luar waktu akademik.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dua MRSM terlibat dalam fasa awal projek ini ialah MRSM Besut, Terengganu dan MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang.

Menurut beliau, projek ini dirangka secara berperingkat dengan jumlah warden yang akan dilantik tidak melebihi 10 orang bagi fasa awal, melibatkan calon lelaki dan wanita yang telah melalui sesi temuduga serta proses penilaian rapi.

“Kita tidak laksana secara tergesa-gesa. Ini projek rintis selama enam bulan bagi menilai keberkesanan. Jika berjaya, kita akan perluas ke semua MRSM,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, di sini, pada Ahad.

Jelas Asyraf, semua warden yang dilantik telah diberikan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) serta akan mengikuti latihan secara berterusan bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan profesional tanpa disalah erti sebagai tindakan keras.

“Kita tidak mahu wujud salah faham seolah-olah pengambilan bekas polis dan tentera bermaksud kita akan menggunakan kekerasan.

“Tujuan kita adalah supaya mereka dapat berperanan sepenuh masa, berbeza dengan guru yang kini turut dibebankan dengan tugas pemantauan pelajar di luar kelas,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa pelantikan ini bukan sahaja bertujuan mengawal disiplin pelajar, malah memberi jaminan keselamatan menyeluruh kepada ibu bapa terutamanya di asrama.

Mengulas lanjut, Asyraf menegaskan bahawa MARA tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk buli, termasuk buli fizikal dan mental, dan pelaksanaan inisiatif ini merupakan satu langkah serius ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan terpelihara.

“Kita mahu berikan keyakinan kepada ibu bapa bahawa pengawasan terhadap anak-anak mereka di asrama berada pada tahap terbaik, dengan warden yang fokus sepenuhnya kepada tugas ini,” ujarnya.

Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa MARA sedang merangka pelaksanaan projek ini secara menyeluruh sebagai sebahagian daripada strategi pembaharuan sistem pentadbiran dan disiplin di semua institusi MRSM.

Related Posts

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar dan kompleks. Menerusi hantaran di akaun rasmi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal