Wanita warga emas meninggal dunia dalam kemalangan Selangau-Tatau

SELANGAU – Seorang wanita warga emas disahkan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Selangau-Tatau, Sungai Anus Sepiring, pada pagi Ahad.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.29 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.40 pagi dengan jarak perjalanan sejauh 10km dari balai bomba.

“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah Proton Saga dan sebuah Mitshubishi Pajero Sport,” katanya.

Tiga mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita. Seorang wanita masih terperangkap di dalam Proton Saga, manakala seorang lelaki berjaya keluar dari kenderaan tersebut, manakala seorang lagi wanita disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum ketibaan pihak bomba.

Komander Operasi PBK II Abdul Malik Bin Chi bersama pasukan BBP Selangau bertindak mengeluarkan seorang wanita yang masih terperangkap di dalam kereta Saga mengunakan peralatan menyelamat dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans KKM untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Dijah Laleu berusia 65 tahun. Maklumat mengenai pemandu kereta Pajero masih belum diperolehi kerana pemandu tidak kelihatan ketika pasukan bomba tiba di lokasi.

Related Posts

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan serta rakan industri bagi memastikan pelaksanaan pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang kukuh dan mampan serta memberi impak nyata kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit