
SIBU: Perkembangan terbaharu daripada kenyataan rasmi jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, wanita terjun ke dalam sungai disahkan meninggal dunia.
Menurut maklumat pihak pasukan keluar operasi (PKO), mangsa dijumpai oleh orang awam.
Difahamkan mangsa ditemui dalam jarak lebih kurang 500 meter dari lokasi mangsa disyaki terjun.
Sejurus itu, PKO membuat pemantauan sekitar kawasan kejadian serta melakukan ‘surface searching’ dari tebingan sungai lokasi kejadian
Sebelum ini, mangsa wanita dewasa disyaki terjun ke dalam sungai di Waterfront Residence, Sibu pada Ahad.
Menurut maklumat daripada keluarga mangsa, mereka menjumpai barang milik mangsa seperti selipar, dompet dan telefon bimbit.







