Wanita rugi RM56,000 terpedaya ‘phone scam’ menyamar pegawai insurans, polis

KUCHING – Seorang wanita tempatan berusia 41 tahun di sini kerugian sebanyak RM56,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon (‘phone scam’) yang menyamar sebagai pegawai insurans dan polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, ASP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai Etiqa Insurans bernama Faizal Madnoor pada 4 September lalu.

Suspek mendakwa maklumat peribadi mangsa digunakan untuk membuat tuntutan insurans palsu berjumlah RM68,000 di Hospital KPJ Damansara.

“Apabila mangsa menafikan perkara itu, panggilan tersebut disambungkan kepada individu lain yang kononnya anggota polis Bukit Aman bernama Sarjan Mohd Remi. Suspek kedua mendakwa mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan diarahkan membuat bayaran bagi menyelesaikan kes tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. 

Mangsa yang panik kemudian membuat empat transaksi pindahan wang ke empat akaun berbeza, melibatkan jumlah keseluruhan RM56,000, sebelum menyedari dirinya ditipu selepas memaklumkan kepada suami.

Menurut beliau, dari 1 Januari hingga 10 November 2025, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kuching telah membuka 91 kertas siasatan melibatkan modus operandi sama dengan kerugian keseluruhan RM4.66 juta.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan menamatkan panggilan mencurigakan serta-merta, selain tidak memberikan maklumat peribadi atau perbankan kepada pemanggil tidak dikenali.

“Orang ramai juga disaran menyemak nombor akaun atau telefon mencurigakan melalui portal rasmi Semak Mule PDRM (https://semakmule.rmp.gov.my) atau menghubungi Balai Polis berhampiran,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dibuat melalui Hotline JSJK Sarawak (011-62890089) atau National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 yang beroperasi 24 jam.

Related Posts

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

MUKAH – Program Pemerkasaan Usahawan Berjaya Program Pemasaran Digital (PROPUB) memberi pendedahan awal kepada belia di daerah ini mengenai asas keusahawanan dan penggunaan platform digital dalam perniagaan. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri