Wanita PKR terus perkasa calon layak bertanding pilihan raya

JOHOR BAHRU – Ahli Wanita PKR yang layak diangkat sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya selepas ini akan terus diberikan sokongan dan bantuan bagi menyerlahkan lagi imej kepimpinan mereka.

Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek berkata, beberapa strategi kini telah pun diatur antaranya program dan latihan bersesuaian bagi memastikan calon-calon yang layak menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) membuat persiapan awal.

Ujar beliau, program Run2Win yang diperkenalkan ketika ini mempunyai matlamat jelas iaitu peluang untuk calon wanita berkenaan memenangi PRU termasuklah Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Latihan yang kita tumpukan ialah bukan sahaja bakat, tapi sosok itu sendiri untuk masuk PRU yang mana mereka harus dipersiapkan dengan pelbagai idea, kebolehan percakapan, latihan data, kemampuan menguasai hati pengundi dan juga diberikan keyakinan sebagai calon.

“Selain itu, persediaan dan sokongan yang diberikan turut melibatkan dana. Inisiatif penubuhan Tabung 30WReps adalah untuk membantu wanita parti yang akan bertanding sebagai Calon PRN Sabah, PRU dengan dana permulaan sebanyak RM50,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR di Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Wanita Pusat PKR, Juwairiya Zulkifli.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, dengan adanya penubuhan Tabung 30WReps, calon wanita tidak perlu memikirkan daripada segi pendanaan itu kerana parti sudah ‘membuka jalan’ buat mereka.

Katanya, inisiatif ini adalah cabaran besar bagi seorang calon dalam menyediakan dana khususnya wanita.

“Begitu juga dengan sokongan dalam mencungkil bakat dan potensi melalui Sekolah Wanita Keadilan (SWAN) yang telahpun kita pelopori.

“Insya-Allah, kita akan terus perkukuhkan dengan memastikan bahawa sekolah ini dapat kita kembangkan lagi di seluruh Malaysia. Setakat ini kita buat secara pengezonan, belum khusus di setiap negeri,” ujarnya.

Menurutnya beliau, pengezonan yang akan dibuat secara spesifik itu mampu mengesan lebih banyak bakat dan potensi untuk diperkukuhkan khususnya memastikan wanita PKR benar-benar bersedia untuk memimpin negara.

Tambahnya, pihaknya melihat Johor sebagai lokasi terbaik untuk mengesan bakat dalam kalangan wanita.

“Kita menang tujuh kerusi Parlimen di Johor dibantu rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH). Jadi, Johor bukan sekadar lokasi semata-mata tetapi ada kuasa besar di sini khususnya koridor kuasa kemenangan PRU.

“Mudah-mudahan ia akan memberikan semangat dan juga memantapkan lagi hubungan khususnya PH, Kerajaan Perpaduan yang sedang kita terajui ketika ini di peringkat pusat dan membawa semangat itu turun ke semua tempat,” ujarnya.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar