Wanita maut nahas dua kenderaan di Tanjung Laboh

SEORANG wanita maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan Kem Askar Majidee, Jalan Tanjung Laboh, dekat Batu Pahat, pada awal pagi tadi.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baru Pahat, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Abdul Ghafar Mahadi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.35 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan itu membabitkan sebuah Perodua Kelisa dan Proton Saga yang bertembung.

“Setibanya pasukan di lokasi, dua mangsa didapati tersepit dalam Perodua Kelisa, manakala seorang lagi mangsa dari Proton Saga dikeluarkan orang awam sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, penumpang Perodua Kelisa adalah seorang wanita berusia 59 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandunya, wanita berusia 29 tahun, mengalami kecederaan parah.

Sementara itu, katanya, pemandu Proton Saga turut mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.18 pagi selepas semua mangsa berjaya dikeluarkan.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa,” ujarnya.

Related Posts

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

JOHOR BAHRU – Individu terbabit dalam insiden seorang lelaki ditampar di sebuah stesen minyak di Taman Perling, di sini, semalam, sebagaimana tular dalam media sosial, disahkan adalah seorang anggota polis.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar