Wanita jadi barisan hadapan kempen PRK Lamag dan Kinabatangan

KINABATANGAN – Golongan wanita memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan dalam menyampaikan penerangan serta mesej perjuangan kepada masyarakat setempat.

Calon BN, Mohd Ismail Ayob (MIHA) berkata, wanita lebih dekat dengan rakyat kerana mereka kerap berinteraksi secara langsung dengan komuniti sama ada melalui perbualan harian bersama rakan-rakan mahupun ziarah dari rumah ke rumah.

“Mereka sering bercerita dengan kawan-kawan kemudian ke rumah-rumah menyampaikan dengan baik, tidak beremosi dan sudah tentu wanita memainkan peranan dalam kempen pilihan raya BN saya dan Kinabatangan.

“Mudah-mudahan dengan adanya penjelasan mengenai manifesto kita malam ini (Isnin), wanita ini dapat bergerak aktif sepanjang pilihan raya untuk memberi penjelasan kepada masyarakat di sini,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press, pada Isnin.


Mengenai kerjasama antara wanita pelbagai parti dalam gabungan kerajaan dalam kempen PRK, MIHA menyifatkan penyertaan itu sebagai sangat baik dan memberangsangkan.

“Kerjasama ini amat baik apabila kita lihat pengacara tadi (Isnin) adalah Ketua Wanita dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), ada wanita GRS serta jawatankuasa wanita.

“Penyatuan wanita daripada pelbagai parti ini membuktikan kesepaduan dalam kerajaan dan menjadi kekuatan utama untuk membantu kempen PRK bagi DUN dan Parlimen,” jelasnya.

Turut hadir, Ketua Wanita PKR Kinabatangan, Siti Jaharah Untang dan Naib Ketua Puteri UMNO Libaran, Nur Ammiera Affiera Ramlan.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16