Wanita ditahan bantu siasatan penemuan bayi lelaki dua bulan

Fatin

SEMPORNA – Seorang wanita bukan warganegara berumur 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di laluan pejalan kaki di hadapan sebuah rumah kosong di Kampung Panji, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah berkata, dalam kejadian pukul 7 pagi, bayi yang dianggarkan berumur dua bulan itu ditemui orang awam dalam keadaan berbalut kain sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk pemeriksaan lanjut.

“Bayi seberat kira-kira 3 kilogram itu dilaporkan berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun masih dipantau pihak hospital sebelum diserah kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 8.16 pagi sebelum menjalankan siasatan yang membawa kepada penahanan wanita terbabit,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan kanak-kanak dengan niat membuangnya, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Munnesh A/L Jegathesuran di talian 0129922566 atau balai polis berhampiran.

Related Posts

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

KOTA KINABALU – Sembilan pakej kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A disasarkan siap pada tahun ini, manakala empat lagi pakej dijangka siap pada tahun 2027. Timbalan Menteri Kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

KLUANG – Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius kenyataan berunsur penghinaan terhadap para sahabat Nabi Muhammad SAW yang didakwa disampaikan dalam ceramah politik tanpa sandaran serta rujukan yang jelas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Burung murai batu tanpa permit dirampas di Penampang

Burung murai batu tanpa permit dirampas di Penampang

MyB2S 2026 buka jalan pelajar miliki lesen sah, perkukuh budaya keselamatan jalan raya

MyB2S 2026 buka jalan pelajar miliki lesen sah, perkukuh budaya keselamatan jalan raya

ADUN pembangkang perlu amal budaya politik matang

ADUN pembangkang perlu amal budaya politik matang