Wan Rosdy nasihat MIC lebih berhati-hati

KUANTAN – UMNO menegur tindakan pemimpin MIC menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan sayap Pemuda Bersatu baru-baru ini kerana ia boleh menjejaskan perpaduan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah pemimpin MIC itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan komponen BN – khususnya UMNO – memandangkan hubungan antara BN dan Bersatu mempunyai sejarah serta cabaran tersendiri.

“Jemputan Bersatu kepada parti-parti komponen BN untuk hadir ke perhimpunan mereka jelas mempunyai implikasi tertentu yang boleh menjejaskan perpaduan dalam BN.

“Justeru, adalah amat penting bagi kita semua sebagai rakan lama untuk lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan yang boleh mengundang tafsiran berbeza,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang menjelaskan, UMNO sentiasa konsisten mengutamakan semangat setiakawan dalam BN.

Katanya, di negeri-negeri di mana UMNO mempunyai kedudukan lebih baik seperti di Pahang, MIC tetap diberikan tempat sewajarnya dan sering dipertahankan atas dasar kebersamaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati MIC bersama-sama UMNO dan parti komponen lain untuk terus memperkukuh BN serta membina kembali kekuatan secara kolektif.

Related Posts

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan