Wan Rosdy anggap Najib ikhlas mohon maaf kepada rakyat Malaysia

KUANTAN – Permohonan maaf secara terbuka oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Malaysia bukannya untuk meraih simpati.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau dapat merasakan bahawa permohonan maaf itu dibuat dengan suci hati serta lahir dari sanubari Najib yang ikhlas.

“Saya berpandangan bahawa kenyataan media itu juga menjelaskan betapa Datuk Seri (Najib) sepanjang menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu sentiasa memikirkan hanya yang terbaik untuk rakyat.

“Sehingga ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas keprihatinan beliau untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Kenyataan beliau yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia bukanlah satu kenyataan meraih simpati tetapi adalah satu tindakan berjiwa besar.

“Sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang beliau percaya sebenarnya tidak dilakukan dan setelah diperdaya oleh mereka yang mengambil kesempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Wan Rosdy berdoa dan berharap supaya Najib dibebaskan dan keadilan yang sebenar dapat ditegakkan dengan membawa dalang kes syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke muka pengadilan.

Semalam, bekas Perdana Menteri itu membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1MDB

Dalam kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar, Najib kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif PetroSaudi.

Related Posts

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti
  • YnomYnom
  • December 8, 2025

KOTA KINABALU – DAP Sabah menghormati keputusan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah yang disifatkan sebagai isyarat jelas krisis keyakinan terhadap parti itu dan Pakatan Harapan, sekali gus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN perlu umum calon PM, hentikan putar belit – Pemerhati politik

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen menegaskan, Perikatan Nasional (PN) perlu memberi penjelasan segera mengenai hala tuju gabungan itu, termasuk menamakan calon Perdana Menteri dan menjelaskan kedudukan kepimpinan mereka menjelang Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam