Walkabout CNY 2026 eratkan perpaduan di Simunjan

SIMUNJAN – Program Walkabout Tahun Baharu Cina 2026 di sini dilihat sebagai platform terbaik bagi memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di kawasan Parlimen Batang Sadong.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, program tersebut bukan sahaja bertujuan meraikan perayaan itu bersama komuniti setempat, malah menjadi medium untuk wakil rakyat turun padang mendekati serta memahami keperluan rakyat.

“Program ini mencerminkan semangat kebersamaan dan toleransi antara kaum yang tinggi di daerah ini.

“Sebagai tanda ingatan dan penghargaan, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batang Sadong menyampaikan buah limau mandarin serta sumbangan kepada 206 ketua isi rumah kaum Cina.

“Kita turut menyantuni golongan memerlukan dengan menyerahkan 47 bakul makanan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Walkabout Chinese New Year 2026 di Dewan Tua Pek Kong, Simunjan pada Ahad.

Program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Masyarakat Cina N25 Simunjan dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batang Sadong.

Dalam pada itu, Rodiyah turut menzahirkan penghargaan kepada peniaga kaum Tionghua di sekitar Pasar Simunjan yang disifatkan sebagai tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan komuniti setempat.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut pada 17 Februari depan, beliau turut mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat Cina dan menyifatkan Tahun Kuda kali ini sebagai simbol kerja keras, keberanian serta semangat untuk terus mara.

“Saya berharap semangat toleransi, persefahaman dan kerjasama yang terjalin selama ini akan terus diperkukuh demi memastikan keharmonian dapat diwarisi generasi akan datang,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris; Pegawai Daerah Simunjan serta ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat setempat.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat