Wad Pediatrik Hospital Lahad Datu terima kerusi plastik

LAHAD DATU – Sebanyak 33 unit kerusi plastik relak disumbangkan Dewan Perniagaan Tionghoa Lahad Datu kepada Wad Pediatrik Hospital Lahad Datu.

Pengerusinya, Tan Cheng Teng berkata, sumbangan itu dibuat susulan keperluan di wad berkenaan yang sebelum ini berdepan kekurangan kemudahan tempat duduk yang selesa.

“Kerusi ini diletakkan di tingkat enam Hospital untuk ibu bapa atau penjaga yang menemani anak-anak mereka sepanjang tempoh rawatan di wad Pediatrik.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami (Dewan Perniagaan Tionghoa) membantu golongan memerlukan serta menyokong institusi kesihatan tempatan,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Menurut Cheng Teng, pihak hospital khususnya di Jabatan Pediatrik merakamkan penghargaan atas sumbangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu usaha murni yang memberi impak besar kepada kebajikan pesakit.

“Kemudahan kerusi bernilai RM2,079 ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada ibu bapa, malah membantu mewujudkan suasana lebih kondusif dalam wad pediatrik.

“Ini juga berupaya mencerminkan semangat kerjasama erat antara badan bukan kerajaan dan institusi kesihatan agar kesejahteraan masyarakat terus terpelihara,” kongsinya.

Related Posts

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

MIRI – Pelaksanaan program pembangunan usahawan menunjukkan impak positif yang memberangsangkan apabila pesertanya berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan menjana nilai jualan sebanyak RM73 juta. Kejayaan tersebut turut menarik perhatian SCPB Bank…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

MUAR – Usaha berterusan kerajaan dalam menangani isu banjir terus diperkukuh menerusi pemantauan rapi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Muar Fasa 3 Pakej 1 yang kini sedang giat dilaksanakan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

Hospital utama Johor Barat terima RM1.8 juta naik taraf infrastruktur

Kebakaran awal pagi musnahkan 30 rumah di Kg Karamunting

Kebakaran awal pagi musnahkan 30 rumah di Kg Karamunting

PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan