Vivian Wong harap Kerajaan Persekutuan tidak rayu tuntutan 40 peratus Sabah

SANDAKAN – Ahli Parlimen Vivian Wong Shir Yee berharap Kerajaan Persekutuan tidak meneruskan rayuan berhubung isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

Menurutnya, perkara itu turut dibincangkan dalam satu mesyuarat yang menghimpunkan semua wakil rakyat dari Sabah termasuk ahli Parlimen pelbagai parti politik.

Katanya, melalui pertemuan tersebut, semua pemimpin dari Sabah dilihat mampu mencapai kesepakatan dalam memperjuangkan perkara yang memberi manfaat kepada negeri itu.

“Walaupun kami datang daripada parti berbeza dan mempunyai pandangan politik yang tidak sama, tetapi demi Sabah kami mempunyai pendirian yang selaras.

“Apa yang kami inginkan ialah kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan kerana jika rayuan dibuat, ia seolah-olah menunjukkan kerajaan tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut,” katanya ketika ditemui media dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Vivian Wong, di Bandar IJM Batu 6, di sini, pada Sabtu.

Vivian berkata, perkara itu turut menjadi antara perkara utama yang dibangkitkan dalam pertemuan wakil rakyat Sabah yang berharap kerajaan Persekutuan tidak meneruskan rayuan berhubung keputusan berkaitan tuntutan berkenaan.

Menurutnya, tindakan membuat rayuan boleh menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat Sabah bahawa kerajaan Persekutuan tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut.

Beliau berkata, satu lagi mesyuarat bersama semua ahli Parlimen Sabah dijangka diadakan dalam tempoh kira-kira 40 hari bagi mendapatkan penjelasan daripada kerajaan Persekutuan mengenai perkara itu.

Mengulas sama ada isu berkenaan memberi kesan kepada parti Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Sabah, Vivian berkata, perjuangan berkaitan MA63 bukan melibatkan parti tertentu sebaliknya melibatkan semua rakyat Sabah.

Katanya, wakil rakyat daripada pelbagai parti termasuk parti tempatan dan parti nasional bergabung dalam memperjuangkan perkara tersebut demi kepentingan negeri.

“Daripada parti DAP sendiri tiada sebarang larangan untuk kami memperjuangkan perkara ini kerana ia demi kepentingan Sabah.

“Malah Setiausaha Agung DAP (Anthony Loke)
juga tidak pernah melarang kami untuk memperjuangkan apa yang diperlukan oleh rakyat di negeri ini,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Sabah tidak mempunyai persepsi bahawa wakil rakyat daripada parti nasional tidak akan memperjuangkan kepentingan negeri.

Vivian berkata, beliau juga telah membangkitkan isu MA63 ketika perbahasan Titah Diraja di Parlimen pada Januari dan Februari lalu.

Menurutnya, isu berkenaan tidak seharusnya dilengahkan atau diberikan pelbagai alasan kerana rakyat Sabah ingin mengetahui pendirian kerajaan Persekutuan berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN17) Sabah ke-17 tahun lalu, beliau yakin kerajaan Persekutuan akan meneliti perkara berkaitan MA63 dengan lebih teliti dan memberikan hak yang sepatutnya kepada Sabah.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal