Viva terbabas, wanita hamil antara 3 maut

SEORANG wanita hamil antara tiga maut, manakala seorang lagi wanita hamil parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas berhampiran pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya, tengah malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia adalah Muhammad Danial Mohd Nuzi, 24, Nurulhuda Ramli, 41, dan Amizan Sapiie, 27, manakala mangsa yang parah dikenal pasti sebagai Nizasuhana Ujang, 28.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan kemalangan pada jam 12.10 tengah malam.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Viva yang dipercayai terbabas sendiri.

Terdapat empat mangsa masing-masing dalam kereta, dua lelaki dan dua perempuan hamil. Seorang wanita hamil cedera parah dan sudah dihantar ke Hospital Putrajaya.

“Dua lelaki dan seorang lagi wanita hamil disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mayat ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

48 projek RMK12 lonjak Mukah sebagai hab ekonomi baharu Sarawak

48 projek RMK12 lonjak Mukah sebagai hab ekonomi baharu Sarawak

Gol Gyokeres bantu Arsenal kembali kuasai EPL

Gol Gyokeres bantu Arsenal kembali kuasai EPL

55 jemaah haji Sepanggar terima sumbangan khas bantu persiapan

55 jemaah haji Sepanggar terima sumbangan khas bantu persiapan

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran