[VIDEO] Wanita ditikam 8 kali selepas dirompak warga asing

SEORANG wanita cedera parah dalam satu kejadian rompak di sebuah francais minuman yang terletak di kawasan Taman Sri Muda dekat Shah Alam, Selangor, semalam

Menerusi paparan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.25 pagi itu pada awalnya menunjukkan keadaan premis itu lengang dan mangsa berada di bahagian dapur.

Suspek dipercayai warga asing pada mulanya dilihat berada di depan kaunter sebelum secara tiba-tiba pergi ke arah mangsa dan terus menyerangnya menggunakan sebuah senjata tajam dipercayai pisau.

Mangsa dilihat cuba melawan dan melarikan diri namun suspek terus mengejar mangsa.

Dalam pada itu, menerusi maklumat awal dikongsikan @mynewshub, mangsa mengalami kecederaan serius di perut.

“Rompakan kedai dekat Taman Sri Muda, Sekarang masih menerima rawatan dan dalam pantauan doktor.

“Dia bekerja sebagai supervisor dekat kedai tersebut.

“Lapan kali kena tikam dekat perut. Kena samun dan ada duit dekat dia RM4000,” ciapnya di aplikasi X, hari ini.

The Malaysia Press cuba sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu daripada pihak berkuasa. 

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengecam insiden tu dan mengharapkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap suspek yang merupakan warga asing.

“Taik betul perangai, semoga mendapat balasan setimpal,” luah @bckupacc99.

“Warga asing dah mula jadi ancaman dan Taman Sri Muda adalah hotspot mereka. KDN perlu aware kes jenayah yang melibatkan warga asing,”, kata @zamyr34 di X.

“Warga asing di Malaysia sudah menjadi satu ancaman besar buat rakyat Malaysia! Berwaspada,” kata rodiahtur.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM