UUM lonjak 95 anak tangga dalam QS Sustainability 2025 l

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) mencipta pencapaian membanggakan apabila disenaraikan di kedudukan ke-745 daripada 1,751 universiti di seluruh dunia dalam QS World University Ranking: Sustainability 2025.

Kedudukan ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 95 anak tangga dari kedudukan 840 pada edisi lalu.

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, penarafan ini menonjolkan usaha universiti dalam melaksanakan inisiatif lestari dan tanggungjawab sosial berdasarkan prinsip Alam Sekitar (Environment), Sosial (Social), dan Tadbir Urus (Governance).

Katanya, QS World University Ranking: Sustainability 2025 menggunakan tiga kategori utama sebagai asas penilaian, iaitu Impak Alam Sekitar (Environmental Impact) yang merangkumi tiga indikator, Impak Sosial (Social Impact) dengan lima indikator, dan Tadbir Urus (Governance).

“Dalam kategori tadbir urus, UUM berada di kedudukan ke-465 terbaik dunia, seterusnya membuktikan kekukuhan budaya organisasi universiti yang beretika dan holistik.

“Selain itu, pencapaian ini juga mencerminkan komitmen universiti terhadap agenda kelestarian global di mana kejayaan ini bukan sahaja satu pengiktirafan terhadap usaha UUM tetapi juga satu tanggungjawab untuk terus memacu pembangunan mampan dan menyemai nilai kelestarian dalam kalangan pelajar.

“Dengan penarafan ini, UUM kini berada di landasan yang kukuh untuk memperteguh sumbangan terhadap pembangunan mampan melalui penyelidikan inovatif, pendidikan lestari, dan penglibatan komuniti,” katanya.

Universiti turut berhasrat memastikan generasi pelajar masa depan mendapat pendidikan yang mendalam mengenai kelestarian dan membawa perubahan positif.

Jelasnya lagi, Penarafan QS World University Ranking: Sustainability 2025 merupakan satu platform penting untuk universiti di seluruh dunia mengukur impak mereka dalam menghadapi cabaran global. Ini juga seiring dengan hasrat UUM untuk terus relevan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Pengiktirafan ini adalah bukti kepada dedikasi UUM dalam menjadikan prinsip kelestarian sebagai teras operasi universiti untuk masa depan yang lebih mampan.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy