UUM di antara 401-500 universiti terbaik dunia

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh pengaruhnya di pentas global apabila sekali lagi menempatkan diri dalam kelompok 401-500 universiti terbaik dunia menerusi penarafan Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025.

Pencapaian gemilang ini menjadikan UUM sebagai universiti ketiga terbaik di Malaysia, menonjol dalam kalangan institusi awam dan swasta.

Keberhasilan ini menempatkan UUM seiring dengan tiga universiti penyelidikan terkemuka di negara ini yang membuktikan bahawa UUM tidak hanya bersaing tetapi juga bersinar dalam kalangan yang terbaik.

Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Dr Mohd Foad Sakdan menyampaikan penghargaan kepada seluruh warga UUM atas usaha gigih mereka dalam memastikan institusi ini terus tersenarai dalam penarafan THE World University Rankings 2025.

“Pencapaian ini bukan hanya milik individu, tetapi merupakan kejayaan kolektif kita semua dari peringkat akar umbi hingga ke pucuk pimpinan.

“Ini adalah hasil daripada komitmen UUM dalam memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan yang memberi impak positif kepada dunia akademik,” katanya dengan penuh bangga.

Beliau turut berharap agar semua warga UUM akan terus berkomitmen dan berusaha keras untuk meningkatkan kedudukan universiti ini bukan sahaja di persada dunia tetapi juga dalam negara.

Penarafan THE World University Rankings yang dikeluarkan setiap tahun melibatkan lebih 1,904 universiti di seluruh dunia, dengan penilaian berdasarkan 18 indikator yang dikategorikan kepada lima aspek utama iaitu pengajaran (teaching), persekitaran penyelidikan (research environment), kualiti penyelidikan (research quality), hubungan dengan industri (industry), dan perspektif antarabangsa (international outlook).

Dr Mohd Foad menekankan bahawa peningkatan UUM dalam indikator impak sitasi mencerminkan kualiti penerbitan yang menjadi rujukan dalam kalangan akademia terutamanya dalam bidang pengurusan.

Kejayaan ini juga mengukuhkan lagi kedudukan UUM sebagai universiti yang aktif dalam penyelidikan dan inovasi yang berkualiti serta relevan di peringkat antarabangsa.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan