Ustaz Yusri ibarat John Wick, kerja jalan cakap serupa bikin

TAPAH – Perwatakan rendah diri dan mudah didekati ketika bergelar seorang pendidik memikat hati guru-guru untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atau Ustaz Yusri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Hasil tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati rata-rata cikgu akan membuang undi kepada bekas Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh kerana menyakini beliau memiliki kewibawaan dalam mewakili suara rakyat di kawasan ini.

Seorang guru yang dikenali sebagai Norman, 42, berkata, pemilihan Ustaz Yusri akan memenuhi cita rasa dan kehendak majoriti pengundi Melayu serta beragama Islam di DUN Ayer Kuning.

Katanya, bukan sahaja dalam kalangan warga pendidik, malah bekas pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh itu dikenali ramai dan dihormati berikutan aktif dalam khimat masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Siapa sahaja dalam kalangan guru yang tidak mengenali Ustaz Yusri, beliau merupakan seorang pendidik yang dikagumi dalam kalangan guru-guru. Perwatakannya yang rendah diri dan tidak banyak bercakap, namun kalau kepimpinan memang dia ‘hero’.

“Mana tidaknya, segala amanah, tanggungjawab yang diberi pastinya akan dilaksanakan sebaiknya di samping kalau ada dalam kalangan cikgu minta tolong, memang dia akan sebolehnya membantu sehingga masalah itu selesai,” katanya ketika ditemui di Bidor, pada Jumaat.

Dalam pada itu, cikgu yang mahu dikenali sebagai Rahman menjelaskan BN yang mengangkat pendidik untuk dijadikan wakil rakyat di Ayer Kuning menjadi satu kebanggaan dalam kalangan guru-guru di kawasan tersebut.

Menurutnya, dengan latar belakang dan kelayakan akademik Ustaz Yusri yang memiliki PhD dalam bidang Pendidikan Islam daripada UPSI, menjadikan calon pilihan terbaik dimiliki BN atau UMNO untuk menentang wakil Pas yang turut memiliki kelulusan dalam bidang agama.

“Walaupun Ustaz Muhaimin ada kelebihan dalam bercakap sebab beliau biasa dah berceramah namun Ustaz Yusri pula boleh diibaratkan seperti watak dalam filem John Wick.

“Ini kerana John Wick tidak banyak bercakap, Dia bercakap bila perlu sahaja dan hanya menuturkan beberapa patah perkataan tetapi ‘kerja jalan’ dengan jayanya dalam masa ditetapkan. Jadi, Ustaz Yusri bukan seorang yang cakap tak serupa bikin, kami yakin beliau akan jadi wakil rakyat untuk Ayer Kuning,” katanya.

Sementara itu, bagi seorang lagi warga pendidik yang dikenali sebagai Tajuddin memaklumkan, penampilan Ustaz Yusri yang ingin membawa kepada pemerkasaan pendidikan dalam keadaan rendah diri telah berjaya dilihat memiliki kekuatan dalam menarik undi guru-guru yang merupakan pengundi atas pagar.

“Tiada isu Ustaz Yusri diboikot oleh cikgu-cikgu untuk tidak mengundi beliau disebabkan dia calon BN. Itu tidak benar, rata-rata guru teruja apabila nama Ustaz Yusri menjadi calon sebab kami kenal sikap beliau yang sangat suka membantu di samping sudah memiliki aura kepimpinan dalam dirinya.

“Saya juga melihat Ustaz Yusri seorang pemimpin yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat serta tidak terpalit dengan sebarang isu kontroversi.

“Ustaz Yusri juga amat disenangi oleh pengundi muda dan golongan atas pagar, malah dari segi keterampilan dan kelayakan akademik beliau lebih baik berbanding dua calon parti lain,” katanya.

PRK Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16