USIM perkenal komputer riba eBrelle

UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (Ummi) memperkenalkan komputer riba eBrelle bagi individu dalam kategori masalah penglihatan.

Menurut Penyelaras (Penyelidikan Inklusif) Ummi, Dr. Mohd. Nur Adzam Rasdi, inovasi inklusif eBrelle (Laptop for the Blind) merupakan peranti elektronik yang berfungsi sebagai komputer riba untuk digunakan oleh golongan istimewa itu.

“Komputer elektronik khas ini mampu menulis dan mencatat teks dalam tulisan Braille serta mentranskripsi fail-fail digital dalam format PDF, Word dan Powerpoint.

Ummi juga telah membangunkan kandungan bahan bacaan Islamik versi Braille bagi produk ini.

”Permintaan komuniti OKU terhadap bahan bacaan Islamik mengukuhkan kolaborasi strategik antara USIM dan Syarikat eDote Sdn. Bhd. dalam menawarkan peranti yang boleh memanfaatkan bahan bacaan Islamik seperti kandungan Quran Braille baharu yang memenuhi standard Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN)” katanya.

Sebelum itu, pada Program Hari Istimewa Sains yang berlangsung pada 25 Jun 2024 lalu, USIM telah menyerahkan eBrelle kepada pihak Pusat Sains Negara, dengan disaksikan oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail.

Naib Canselor USIM Profesor Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berbesar hati dengan penyerahan produk eBrelle kepada Pusat Sains Negara dan beliau berharap agar lebih banyak inovasi yang dihasilkan bagi dinikmati komuniti OKU setara masyarakat normal yang lain.

Dilengkapi dengan kemudahan Bluetooth, Wi-Fi dan ruang penyimpanan maklumat sendiri bersaiz 32GB, eBrelle ini dijangka dipasarkan dalam masa terdekat.

Related Posts

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL