USAR tingkatkan kesedaran, pendidikan autisme

KOTA KINABALU – Seramai 100 peserta menyertai UMS Sunset Autism Run (USAR) 2024 sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan pendidikan austisme di semua lapisan masyarakat.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, UMS sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi berasa bertanggungjawab untuk turut serta dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai autisme.

“Autisme adalah peluang untuk masyarakat memahami kepelbagaian dalam pembangunan minda manusia yang perlu diraikan, difahami dan diintegrasikan dalam setiap aspek kehidupan.

“Setiap individu tidak kira latar belakang mereka mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat jika diberikan sokongan yang sewajarnya.

“Kami percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama dalam mengatasi segala kekangan dan prejudis yang mungkin wujud dalam masyarakat.

“Pada hari ini kita bukan sahaja berkumpul untuk membincangkan kepentingan kesedaran autisme, tetapi juga untuk memperkukuh komitmen kita dalam usaha ini,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Isnin.

Tambahnya, UMS akan terus menjadikan program seperti itu sebagai acara tahunan agar ia dapat memberi manfaat kepada komuniti, bukan sahaja di Sabah, juga di seluruh negara.

“Kerjasama erat antara pihak universiti, organisasi seperti Sabah Autism Society (SAS), dan masyarakat akan terus diperkukuhkan demi melahirkan sebuah ekosistem yang inklusif dan menyokong perkembangan semua individu, termasuk mereka yang hidup dengan autisme,” ujarnya.

Program ini adalah anjuran bersama SAS, Pusat Minda Lestari UMS, Pusat Alumni UMS serta Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS dengan sokongan agensi kerajaan dan swasta.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16