Usaha wujud Pusat Pembelajaran Al-Quran di Beluran – Samad

BELURAN – Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Samad Jambri bercadang untuk mewujudkan Pusat Pembelajaran Al-Quran di daerah ini bagi menyemai minat dari peringkat usia awal.

Beliau berkata, ia bagi memperkukuhkan minat dan pemahaman masyarakat terhadap Al-Quran terutama dalam kalangan kanak-kanak dan anak muda.

“Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan dalam Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah dan negeri pada masa hadapan.

“Saya berharap kerjasama dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Beluran serta badan bukan kerajaan (NGO) termasuk badan dakwah di daerah ini untuk merealisasikan usaha ini,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Beluran, di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beluran di sini pada Rabu.

Jelasnya, penyertaan kurang dalam Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah.

“Oleh itu, saya mahu adanya satu pusat pembelajaran atau bangunan khusus pusat pembelajaran Al-Quran.

“Dengan adanya kelas atau pusat pembelajaran yang khusus akan lebih ramai peserta terlibat pada masa akan datang,” katanya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti