Usaha reformasi birokrasi di Kementerian Komunikasi terus diperkasa

KEMENTERIAN Komunikasi terus memperhebat usaha reformasi dalam aspek kerenah birokrasi melibatkan semua agensi serta badan berkanun di bawah pentadbirannya.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah tersebut selari dengan kejayaan Kementerian Komunikasi sebagai salah satu daripada tiga kementerian yang berjaya melaksanakan inisiatif reformasi secara berkesan hingga menerima sijil khas penghargaan daripada Ketua Setiausaha Negara.

Menurut Fahmi, antara kejayaan yang menyerlah ialah pencapaian Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang berjaya mempercepat proses kelulusan skrip filem asing daripada 30 hari kepada hanya tujuh hari.

“Kejayaan ini merupakan satu pencapaian signifikan buat FINAS, memandangkan penilaian skrip merupakan komponen penting bagi syarikat penggambaran luar negara yang ingin menjalankan produksi di Malaysia,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Tambah beliau, langkah penambahbaikan tersebut telah menyumbang kepada penjimatan kos beban peraturan sehingga RM2.4 juta bagi setiap produksi luar negara yang menjalankan penggambaran di Malaysia.

Sementara itu, Fahmi berkata, agensi lain di bawah kementerian seperti Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) turut menunjukkan kemajuan yang ketara.

“Antaranya termasuk pelancaran Garis Panduan PUSPAL (GPP) 6.0 pada April lalu yang telah memudahkan proses kelulusan penganjuran konsert dan aktiviti penggambaran melibatkan artis serta syarikat antarabangsa.

“Penambahbaikan itu telah memudahkan proses kelulusan bagi penganjuran konsert serta aktiviti penggambaran melibatkan artis dan syarikat antarabangsa,” katanya.

Kementerian juga komited untuk terus meneliti langkah-langkah susulan bagi meningkatkan lagi kecekapan pentadbiran, khususnya melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), terutama dalam aspek proses permohonan lesen.

Related Posts

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi