Usaha basmi kemiskinan tegar perlu terus dipergiat – Mustapha

KOTA KINABALU – Kisah seorang bayi yang membesar hanya dengan susu cap junjung kerana keluarga tidak mampu membeli susu formula membuka mata terhadap realiti sebenar kemiskinan tegar dalam masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.

Menurut Mustapha, pengalaman bertemu keluarga tersebut di Telipok memberi kesan mendalam dan mengukuhkan keperluan untuk menoktahkan kemiskinan tegar.

“Keadaan itu menunjukkan masih ada rakyat yang hidup dalam serba kekurangan sehingga tidak mampu menyediakan keperluan asas untuk anak-anak.

“Anaknya membesar dengan susu pekat manis kerana mereka tidak mampu membeli susu bayi. Bila dengar kisah begini, luluh hati kita.

“Sebab itu Perdana Menteri tekankan kemiskinan tegar mesti dikosongkan. Tidak boleh ada rakyat yang sampai tidak mampu beli susu, pakaian atau hantar anak ke sekolah,” ujarnya semasa berucap di Iftar Ramadan MADANI, Kampung Lokub Sepanggar, Kota Kinabalu, pada Isnin.

Tambahnya, kisah tersebut mencerminkan hakikat sebenar yang sering tidak disedari masyarakat, sekali gus menuntut tindakan lebih agresif daripada kerajaan. Usaha membasmi kemiskinan tegar terus dipergiatkan, termasuk di Sabah.

“Setakat ini status kemiskinan tegar di Kota Kinabalu dilaporkan telah berjaya dikosongkan. Namun masih terdapat kategori kemiskinan lain yang perlu diberi perhatian berterusan.

“Kemiskinan ini ada beberapa tahap. Kita fokus kepada yang paling susah, yang kadang-kadang beli beras pun tidak mampu, apatah lagi susu anak.

“Golongan inilah yang kita mahu bantu dan keluarkan daripada kemiskinan tegar,” kongsinya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, bulan Ramadan seharusnya menjadi medan mendidik masyarakat untuk lebih memahami kesusahan golongan kurang berkemampuan.

Jelasnya, ibadah puasa memberi peluang kepada mereka yang berkemampuan untuk merasai sendiri kesukaran yang dialami golongan miskin.

“Kita berpuasa supaya kita faham ada orang yang tidak cukup makan setiap hari. Jadi yang berkemampuan, bantulah mereka yang memerlukan.

“Kita juga perlu ingat bahawa golongan B40 dan miskin bukanlah beban kepada kita, sebaliknya memainkan peranan penting dalam menyokong kehidupan masyarakat. Ramai dalam kalangan mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan penternak yang menyumbang kepada bekalan makanan negara.

“Kalau bukan mereka yang turun ke laut atau bertani, makanan tidak akan sampai ke meja kita. Sebab itu kita kena hargai dan bantu mereka,” kongsinya.

Mengulas lanjut mengenai konflik Asia Barat, Mustapha berkata, tekanan ekonomi global termasuk konflik antarabangsa turut memberi kesan kepada perbelanjaan negara.

Jelasnya, subsidi bahan api meningkat daripada kira-kira RM800 juta sebulan kepada RM3.2 bilion sebulan susulan kenaikan harga minyak dunia.

“Kerajaan masih mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter dan diesel di Sabah RM2.15 seliter.

“Tetapi kita juga perlu rasional dalam mengurus kewangan negara dalam keadaan mencabar ini. Kerajaan akan terus menyeimbangkan antara kebajikan rakyat dan kestabilan ekonomi negara bagi memastikan kesejahteraan rakyat jangka panjang,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16