Untung bersih MAHB melonjak kepada RM210.37 juta pada suku ketiga

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM210.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2024 berbanding RM94.76 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

MAHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa berkata, perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.

“Pertumbuhan ini dipacu oleh peningkatan jumlah penumpang hasil daripada operasi syarikat penerbangan baharu dan penambahan kekerapan penerbangan ke dan dari sektor antarabangsa, yang disokong lagi oleh pelaksanaan dasar bebas visa selama 30 hari untuk pengembara dari China dan India ke Malaysia,” katanya.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, keuntungan bersih MAHB melonjak kepada RM606.16 juta berbanding RM255.47 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas manakala perolehan pula meningkat kepada RM4.26 bilion dalam tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2024 berbanding RM3.54 bilion sebelumnya.

MAHB berkata, pertumbuhan perolehan tersebut selari dengan peningkatan pergerakan penumpang sebanyak 14 peratus kepada 101.2 juta penumpang.

“Pemulihan dalam trafik penumpang disebabkan oleh beberapa faktor termasuk operasi syarikat penerbangan baharu dan penambahan kekerapan penerbangan ke dan dari sektor antarabangsa.

“Selain itu, syarikat penerbangan menyambung semula laluan dan memperkenalkan perkhidmatan baharu serta pelaksanaan dasar bebas visa selama 30 hari untuk pengembara dari China dan India ke Malaysia,” lapor Bernama pada Rabu.

Bagi prospek masa depan, MAHB berkata kumpulan menjangkakan pertumbuhan selanjutnya dengan trafik penumpang dijangka mendekati paras seperti pra-pandemik, terutamanya dari pasaran utama seperti China, India, dan Asia Tenggara menjelang penghujung tahun kewangan 2024 berikutan pelonggaran syarat visa.

Selain itu, pengendali lapangan terbang tersebut akan memacu pertumbuhan penumpang melalui usaha berterusan untuk menarik syarikat penerbangan dan laluan baharu serta penyambungan semula perkhidmatan oleh syarikat penerbangan sedia ada.

MAHB berkata, kumpulan memberi tumpuan strategik untuk memperbaiki infrastruktur, meningkatkan kecekapan operasi dan menawarkan perkhidmatan penumpang yang terbaik bagi meletakkan MAHB dalam kedudukan yang kukuh untuk memanfaatkan peningkatan yang dijangkakan dalam perkhidmatan perjalanan.

“Secara keseluruhannya, dengan trajektori pemulihan yang kukuh, inisiatif strategik untuk meningkatkan bilangan penumpang dan ramalan industri yang positif, prospek untuk MAHB pada tahun akan datang kelihatan menjanjikan.

“Kami kekal yakin tentang pertumbuhan dan kejayaan berterusan MAHB yang dipacu oleh usaha bersama bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lancar serta menyeronokkan bagi semua penumpang,” katanya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori