United tewas lagi, Amorim dalam bahaya

KAPTEN Manchester United, Bruno Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika pasukannya tumbang 1-3 kepada Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Penyerang Brentford, Igor Thiago meledak dua gol buat tuan rumah dalam aksi itu.

Thiago membuka jaringan seawal minit kelapan selepas menerima hantaran Jordan Henderson sebelum menambah gol kedua pada minit ke-20 hasil bola muntah daripada tampanan Altay Bayindir.

United merapatkan jurang pada minit ke-26 menerusi Benjamin Sesko yang menyudahkan peluang selepas percubaan awalnya dihalang pertahanan lawan.

Namun, kebangkitan Red Devils tersekat apabila penalti Fernandes pada minit ke-76 diselamatkan penjaga gol Brentford, Caoimhin Kelleher.

Brentford memastikan tiga mata penuh pada masa kecederaan apabila Mathias Jensen melepaskan rembatan padu menewaskan Bayindir.

Kekalahan itu menyaksikan United kendalian Ruben Amorim terus bergelut, apabila tewas tiga kali dalam saingan liga musim ini.

Related Posts

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

ARSENAL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas bernasib baik mempertahankan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon sekali gus memastikan kemenangan agregat 1-0, awal pagi tadi. Pasukan kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

JARINGAN lewat Luis Diaz dan Michael Olise memastikan Bayern Munich meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Real Madrid, awal pagi tadi. Keputusan itu sekali gus mengesahkan kemenangan agregat 6-4 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi