UNIMAS cipta rekod MBOR, 48 jam aktiviti sukarelawan tanpa henti

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya mencipta sejarah apabila meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi program UNIMAS: Inisiatif Bakti sebagai ‘Longest Non-Stop Volunteerism Activities’ selama 48 jam tanpa henti.

Program berkenaan melibatkan seramai 1,500 mahasiswa, dengan 1,000 daripadanya terdiri daripada mahasiswi yang bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti sukarelawan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berbangga dengan keterlibatan aktif mahasiswi yang turut mengambil peranan kepemimpinan dalam menjayakan program tersebut.

“Pencapaian ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 5 yang menekankan kesaksamaan gender serta pemberdayaan wanita dan kanak-kanak perempuan,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penutupan dan Penganugerahan Sijil MBOR di Arena Gemilang, Dewan Tuanku Abdul Rahman (DeTAR) Putra, UNIMAS pada Sabtu.

Sebanyak 21 subprogram telah dilaksanakan sepanjang 48 jam tersebut dengan perancangan rapi bagi memastikan setiap aktiviti memberi impak berkekalan kepada komuniti.

Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hata Rasit berkata, kejayaan ini mengukuhkan lagi peranan UNIMAS sebagai institusi berjiwa masyarakat, sejajar dengan slogan ‘community-driven university for a sustainable world’.

“UNIMAS bukan sahaja pusat kecemerlangan akademik, malah menjadi nadi kemajuan dan kebajikan komuniti di Bumi Kenyalang ini,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ir Ts Dr Al-Khalid Othman.

Dalam majlis sama, Pegawai MBOR, Menaga Vadamalai mengumumkan program tersebut secara rasmi sebagai Longest Non-Stop Volunteerism Activities dengan rekod baharu 48 jam tanpa henti.

Program itu diketuai Muhammad Faiz Farhan Yusnizam dengan penglibatan lebih 5,000 sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa, staf serta komuniti di sekitar Kota Samarahan dan Kuching.

Terdahulu, pada tahun 2022, Universiti Putra Malaysia (UPM) pernah mencatatkan rekod serupa selama 40 jam tanpa henti.

Related Posts

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah