UniMAP-UUM salur kepakaran bantu mangsa banjir

JITRA – Hampir 90 peratus rumah di Taman Tabung Haji ditenggelami air dengan anggaran kerugian mencecah jutaan ringgit, menjadikan taman ini antara lokasi terburuk dilanda banjir, di sini baru-baru ini.

Atas rasa keprihatinan yang tinggi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui skuad Sentuhan Kasih Pasca Banjir UniMAP-UUM telah menghantar bantuan ke taman ini bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh penduduk.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Ts. Zaliman Sauli berkata, seramai lebih 200 sukarelawan dari UniMAP dan UUM dihantar bagi misi bantuan ke taman ini bagi tujuan pembersihan rumah dan juga pusat komuniti.

“Selain mencuci rumah, dewan masyarakat; surau; dan tadika, UniMAP juga turut menghantar sukarelawan penyelidik yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah yang berkepakaran dalam bidang elektrik dan elektronik.

“Mereka bergabung bagi melakukan pendawaian elektrik dan memperbaiki barangan seperti penghawa dingin di pusat komuniti yang tenggelam hampir empat kaki dan memusnahkan hampir keseluruhan barangan di dalamnya,” katanya ketika ditemui tadi.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah KEDA, Datuk Aminuddin Omar; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP; Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah; dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Muhammad Iskandar Zulkarnain Muhammad Suhaimi merangkap Ketua Sukarelawan Skuad Sentuhan Kasih Pasca Banjir UUM.

Tambah Prof. Dr. Zaliman, selain gotong royong pembersihan dan pendawaian elektrik, turut diadakan aktiviti mengecat, pembaikan perabot; penukaran minyak enjin motosikal; dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Beliau turut menjelaskan bahawa program ini melibatkan penyertaan aktif sukarelawan dari seluruh UniMAP, merangkumi wakil daripada semua fakulti.

“Setiap fakulti memainkan peranan penting dengan menyumbangkan kepakaran unik mereka dalam pelbagai bidang, sekaligus memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar dan memberi impak positif kepada masyarakat.

“Lebih menarik, peruntukan yang digunakan untuk menjayakan program ini tidak bergantung kepada sumber luar, sebaliknya diperoleh sepenuhnya hasil daripada sumbangan ikhlas dan komitmen tinggi staf di setiap fakulti.

“Malah melalui kutipan yang dijalankan di UniMAP, kami turut menyumbang katil kepada pesakit terlantar, dan barangan asas dapur seperti beras, gula dan sebagainya.

“Kami di UniMAP dan UUM berharap agar sumbangan dan bantuan yang diberikan ini mampu mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung warga taman,” katanya.

Prof. Dr. Zaliman malah turut menyatakan kesediaan dan kesanggupan universiti untuk menyalurkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan oleh masyarakat yang terjejas dek banjir ini.

Inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan warga UniMAP dalam menyokong usaha murni yang memberi manfaat kepada komuniti.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti