Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

TIMBALAN Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berjaya mempertahankan kerusinya dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu dengan jumlah undi terbanyak iaitu 2,785 undi, malam ini.

Bagaimanapun, Naib Pengerusi Teresa Kok dan Ahli Jawatankuasa Lim Hui Ying, yang juga Timbalan Menteri kewangan, gagal memperoleh undi yang mencukupi untuk kekal dalam senarai 30 ahli CEC.

Pemilihan itu, yang diadakan selepas Kongres ke-18 parti itu turut menyaksikan Lim Guan Eng, penyandang jawatan Pngerusi, sekadar meraih undi selamat untuk kekal dalam CEC dengan mengumpul 1,719 undi untuk menduduki tempat ke-26.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pemilihan Cec DAP, Desmond Tan, di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC).

Setiausaha Agung parti yang juga Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke turut mendapat tempat dalam CEC, menerima 2,508 undi, manakala Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menduduki tempat ketiga dengan 2,585 undi.

Tokoh utama lain yang mendapat sokongan padu termasuk Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Ng Suee Lim, yang mendapat 2,563 undi dan Yeo Bee Yin, yang memperoleh 2,503 undi.

Turut mengekalkan jawatan mereka dalam CEC ialah Pengerusi DAP Selangor Ng Sze Han, Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, Timbalan Speaker Alice Lau dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh turut mendapat tempat dalam barisan kepimpinan parti.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow kekal dalam kepimpinan tertinggi.

Antara Ahli Parlimen yang mengekalkan kerusi mereka ialah Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bentong Young Shefura Othman dan Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi.

Related Posts

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik. Selain bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam parti, inisiatif itu juga dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

KUCHING – Khabar angin yang tular di media sosial mendakwa Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang mempertimbangkan untuk bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ditegaskan sebagai berita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM