Undi adalah kebebasan tertinggi, rakyat Sabah diseru suarakan hak di peti undi

KOTA KINABALU– Rakyat negeri ini diseru agar menggunakan kuasa undi mereka sebagai lambang tertinggi semangat kebangsaan dan kematangan dalam berdemokrasi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. 

Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Johan Jahid berkata, bersempena Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Sabah yang semakin hampir, penglibatan rakyat dalam proses pilihan raya bukan sekadar tanggungjawab moral, bahkan merupakan bentuk patriotisme moden yang paling berkesan.

“Mengundi adalah salah satu ungkapan kebebasan paling berkuasa dalam sesebuah negara demokrasi. 

“Kekuatan sebenar demokrasi di Sabah tidak hanya bergantung kepada sistem yang diwujudkan, tetapi juga pada keberanian rakyatnya untuk bersuara, berbeza pendapat dan membuat pilihan secara bebas melalui saluran yang sah.

“Pilihan raya kali ini memberi peluang penting kepada pengundi untuk memilih pemimpin yang benar-benar memahami realiti kehidupan rakyat serta komited terhadap pentadbiran yang berintegriti dan berwibawa,” jelasnya dalam satu kenyataan media di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Johan berkata bahawa setiap undi membawa makna besar, terutamanya kepada komuniti luar bandar yang sekian lama menaruh harapan terhadap pembangunan yang menyeluruh dan saksama.

“Hak mengundi adalah satu suara, malah satu keistimewaan. 

“Ia memberi kita kuasa untuk menentukan siapa yang mewakili suara kita di Dewan Undangan Negeri dan siapa yang akan memperjuangkan nasib komuniti luar bandar dan membawa pembangunan ke kawasan yang lama terpinggir,” ujarnya.

Beliau turut mengulas seruan segelintir pihak agar rakyat memboikot pilihan raya sebagai protes terhadap isu-isu lama yang masih belum diselesaikan. 

Johan mengakui bahawa kekecewaan terhadap sistem adalah wajar, namun tindakan tidak keluar mengundi menurutnya hanya akan melemahkan suara rakyat sendiri.

“Undi kita bukan ganjaran kepada ahli politik, sebaliknya tuntutan terhadap akauntabiliti. 

“Menjauhkan diri daripada proses demokrasi bukanlah penyelesaian kepada kelemahan pentadbiran,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Johan turut menyeru semua rakyat Sabah, khususnya golongan muda dan pengundi kali pertama, agar berani tampil menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara pada hari pengundian kelak.

“Kita tidak hanya mewarnai jalanan dengan bendera, tetapi mewarnai masa depan dengan pilihan yang berani dan bijak. 

“Pilihan di tangan rakyat dan masa depan negeri ini bergantung kepada suara yang dipangkah di peti undi,” katanya.

PRN Sabah ke-17 dijangka menyaksikan persaingan sengit antara parti-parti politik utama dengan fokus utama tertumpu kepada isu pembangunan luar bandar, kelangsungan ekonomi rakyat dan keperluan terhadap pentadbiran yang telus serta bertanggungjawab.

Related Posts

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri