UMS pacu aspirasi Malaysia MADANI, SMJ melalui ekosistem inovasi berimpak tinggi

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh peranannya sebagai universiti peneraju di rantau Borneo dengan memacu aspirasi Malaysia MADANI dan Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui pembangunan ekosistem inovasi berimpak tinggi yang melibatkan penyelidik, pelajar, industri serta komuniti setempat.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapa Sakmud berkata, inovasi merupakan nadi kepada kemajuan negara kerana ia berupaya membuka peluang pekerjaan baharu, meningkatkan daya saing serta menambah nilai kepada ekonomi negeri dan negara.

“Komitmen ini dizahirkan menerusi penganjuran Grand Finale Sabah Festival of Ideas (SFOI) dan Ekspo Kecemerlangan Rekacipta (EXCOCIPTA) 2025, yang menampilkan lebih 465 hasil inovasi dan idea kreatif dari lima zon utama di Sabah iaitu Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Marudu dan Tuaran.

“Malaysia MADANI dan SMJ tidak akan tercapai tanpa inovasi. Ia adalah teras kemajuan dan pemangkin kepada kesejahteraan masyarakat serta kemakmuran bersama,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Rabu.

Beliau menjelaskan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited memperkukuh peranan universiti sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan inovasi, termasuk memastikan hasil penyelidikan anak tempatan dapat dikomersialkan serta dimanfaatkan secara meluas.

“Dengan usaha berterusan semua pihak, Sabah mampu muncul sebagai hab inovasi serantau yang bukan hanya menjadi pengguna teknologi, tetapi juga pencipta dan pengeluar penyelesaian inovatif tempatan yang boleh dipasarkan ke seluruh dunia,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, penganjuran SFOI dan EXCOCIPTA 2025 mencerminkan kekuatan ekosistem inovasi di Sabah yang semakin kukuh, dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah, penyelidik dan usahawan muda.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa ekosistem inovasi di Sabah berada pada landasan kukuh. UMS amat menghargai kepercayaan KPT yang memilih universiti ini sebagai peneraju Festival of Ideas peringkat negeri Sabah,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly.

Kasim turut menegaskan komitmen UMS untuk terus menjadi rakan strategik kerajaan dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI dan SMJ, khususnya dalam memperkasa modal insan, penyelidikan berimpak tinggi serta inovasi mampan demi kemajuan bersama.

Katanya, program yang dianjurkan bersama Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) itu turut menampilkan pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Rekacipta (PEREKA), Inovasi STEMQuest Ignite, Inovasi Kearifan Lokal (PIKL) dan Inovasi Keusahawanan Pelajar (PIKP).

Dalam pada itu, majlis penutupan turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada para pemenang dan pengiktirafan kepada rakan strategik yang banyak menyumbang kepada kejayaan penganjuran program berimpak tinggi tersebut.

Antara penerima anugerah istimewa ialah Kolej Vokasional Keningau yang menerima pengiktirafan bagi kategori ‘Most Innovative School’.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM