UMPSA Advanced, Kosma jalin kerjasama program pelancongan pendidikan

KUANTAN – Potensi sektor pelancongan pendidikan atau edutourism masih belum diteroka sepenuhnya, walaupun permintaan terhadap sektor itu meningkat saban tahun.

Bagi memberi fokus kepada sub sektor pelancongan itu, UMPSA Advanced mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama dengan pihak Kosma Business Hotel.

Perjanjian strategik itu ditandatangani hari ini di pejabat Kosma Business Hotel, dekat bandar raya Kuantan.

UMPSA Advanced diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Johari Mohamad manakala Kosma pula diwakili ahli Lembaga Pengarah Kosma Hotel, Shaharuddin @ Shahruddin Idris.

Ahmad Johari berkata, kerjasama itu dijangka membuka peluang dan pengalaman baharu dalam mengembangkan sektor pendidikan pelancongan selain memberi manfaat menyeluruh kepada pelajar dan masyarakat.

Manakala, Shaharuddin berpandangan kemampuan Kosma Business Hotel dalam menjayakan program pelancongan pendidikan itu adalah bertepatan dengan aset dimiliki mereka.

“Rangkaian hotel kami yang bertaraf 2 bintang dengan 60 bilik serta turut mempunyai bilik untuk seminar adalah sesuai bagi menampung permintaan daripada pelanggan.

“Kedudukan hotel di tengah bandar raya Kuantan juga memberi kelebihan kepada kami dalam menyediakan keselesaan kepada pengunjung atau pelancong,” katanya.

Selain berhampiran pusat membeli-belah, Kosma Business Hotel juga menyediakan pelbagai menu tradisional Pahang.

Related Posts

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

KUALA KRAI – Jalan Manek Urai yang menghubungkan Laluan Persekutuan FT8 ke Jambatan Manek Urai kini siap sepenuhnya dan dibuka kepada kenderaan awam. Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Kuala Krai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

BRISTOL – Sarawak melalui anak syarikat milik penuh kerajaan negeri, SMD Semiconductor, bakal meneroka kerjasama dengan rakan kongsi di United Kingdom (UK) bagi mereka bentuk sistem dan cip semikonduktor bertaraf…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

  • By Ynom
  • May 6, 2026
Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

Banjir kilat landa Pos Sinderut, jejas 50 kediaman

Banjir kilat landa Pos Sinderut, jejas 50 kediaman

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin