UMNO tegas tolak hidang arak dalam majlis rasmi kerajaan

JOHOR BAHRU – UMNO menolak sekeras-kerasnya tindakan menghidangkan minuman beralkohol pada majlis makan malam anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang dianggap tidak wajar serta bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kerajaan menghormati agama dan budaya masyarakat berbilang kaum, penganjuran acara rasmi kerajaan perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam selaras kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Tentunya kita harus menolak dan kita mesti tidak bersetuju dengan program berkenaan.

“Malaysia adalah negara Islam, biarpun kita menghormati agama, budaya dan kelaziman lain-lain agama. Tetapi ini adalah acara kerajaan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Skuad Yayasan Pelajaran MARA (YPM) peringkat negeri Johor di Arena Larkin, semalam.

Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri bagi menyatakan pendirian UMNO terhadap cadangan berkenaan.

“Sebagai Presiden UMNO, kita menolak 100 peratus cadangan itu. Acara seperti ini tidak pernah diadakan dalam mana-mana program rasmi kerajaan sebelum ini dan ia perlu ditolak,” tegasnya.

Sabtu lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab menganjurkan acara Global Travel Meet selama dua hari setengah, yang berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta.

Jelasnya, acara makan malam yang dijadikan isu oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin adalah ‘inisiatif pihak industri dan sektor swasta’.

Beliau berkata, memandangkan Tourism Malaysia buat julung kalinya menganjurkan acara global sedemikian, pihak industri dan sektor swasta teruja sehingga berhasrat untuk menaja serta meraikan rakan-rakan industri antarabangsa melalui majlis makan malam itu.

Related Posts

Momentum kerjasama Negeri, Persekutuan akan diteruskan, jamin agenda pembangunan – Peto

KOTA KINABALU – Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Peto Galim menyifatkan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor terhadap kepentingan mengekalkan hubungan baik antara Kerajaan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
HAI MANDAK! gerak kempen ‘Anak Sabah Balik Mengundi’
  • YnomYnom
  • October 6, 2025

KOTA KINABALU – Sebuah kumpulan anak muda dari Kota Belud, HAI MANDAK! tampil menggerakkan kempen ‘Anak Sabah Balik Mengundi’ bagi mengajak anak muda yang dianggap ‘kingmaker’ pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

  • By Fandi
  • October 6, 2025
Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

  • By Ithma
  • October 6, 2025
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

  • By Fatin
  • October 6, 2025
Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000