UMNO tahu ada rakan komponen BN yang kecil hati

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengadakan rundingan bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi menyusun gerak kerja dan perbincangan perbezaan pendapat antara mereka sebaik sahaja Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai diadakan.

Presiden UMNO , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyedari ada antara rakan-rakan parti yang berkecil hati dengan beberapa keputusan yang dibuat sebelum ini dan mengharapkan ia dapat diselesaikan dengan baik.

‘Hari ini kita ajak rakan-rakan daripada MCA, MIC, PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) dan Friends of BN.

“Kita tahu kadang-kadang mereka kecil hati dan jauh hati. Mari kerja bersama-sama, buktikan di Mahkota. Insya-Allah, selepas di Mahkota, kita susun yang terbaik,” katanya pada Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU 2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Lantaran itu, Ahmad Zahid merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan komponen BN, khususnya MCA, MIC dan PBRS yang kekal setia ketika menang dan kalah.

Beliau yang juga Pengerusi BN memaklumkan, jalinan antara mereka tidak pernah goyah walaupun ketika UMNO bangkit dan rebah.

“Yakinlah, UMNO tetap menjadi teman yang sejati. Biarlah hubungan ini menjadi manifestasi perkongsian kuasa yang akan sentiasa dicontohi.

“Selain perkongsian kuasa, Barisan Nasional adalah parti yang membawa suara sederhana yang menyatukan parti-parti politik berhaluan kanan dan kiri. Penyatuan inilah yang menjamin keindukan Islam dan Melayu terpelihara tanpa meminggirkan hak dan suara kaum-kaum lain.

“Inilah akar tunjang yang menjamin keamanan, kestabilan dan keharmonian hidup bernegara,” jelasnya.

Sebelum ini, terdapat spekulasi mengenai MCA akan keluar daripada BN, namun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendakwa kenyataan itu dicipta oleh segelintir individu atau golongan tertentu.

Malah katanya, tuduhan tersebut juga telah dinafikan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.

Related Posts

Teraju Pahang slogan kosong Pas

KUANTAN – Kerajaan Pahang yang ketika ini diterajui UMNO tidak terkesan dengan kempen ‘Teraju Pahang 2.0’ yang sedang dilakukan Pas. Sambil menyifatkan kempen itu tidak lebih daripada slogan ‘kosong’, Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keyakinan rakyat meningkat, bukti kejayaan Kerajaan MADANI
  • YnomYnom
  • July 10, 2025

KOTA KINABALU – Dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara meningkat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI