UMNO sudah serik hidupkan semula Muafakat Nasional – Puad

UMNO sudah serik untuk menghidupkan semula gagasan Muafakat Nasional bersama Pas, kata Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menyifatkan kerjasama dengan Pas akan menyaksikan lebih banyak episod ‘menikam’ parti itu seperti yang pernah terjadi sebelum ini.

“Tetapi dijangkakan banyak lagi drama tikam menikam akan berlaku. Cuma ia tidak menyebabkan MN hidup balik. UMNO sudah şerik,” katanya di Facebook.

Difahamkan beliau berkata demikian sebagai respons kenyataan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh yang mencadangkan supaya Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan UMNO dan Pas dihidupkan semula.

Cadangan itu mendapat reaksi yang agak positif daripada pelbagai pihak termasuk Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shari.

Dalam pada itu, Mohd Puad secara sinikal menyifatkan tindakan Pas memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada parti itu sebagai tindakan yang ‘gentleman’ sekali gus bagai menyerahkan tampuk pentadbiran kerajaan negeri itu kepada Bersatu.

Jelasnya, konflik politik di Perlis dilihat peluang terbaik untuk Bersatu mentadbir sebuah negeri.

Menurutnya, Pas perlu bersifat ‘gentleman’ dengan menyerahkan kerajaan Perlis untuk ditadbir oleh Bersatu kerana kedua-duanya adalah parti yang bergabung di bawah Perikatan Nasional (PN).

“Mustahil Bersatu akan memecat lima ADUN Bersatu yang tarik sokongan itu. Ini peluang terbaik Bersatu dapat mentadbir satu negeri. Pas patut gentleman.

“Lepaskan sahaja kepada Bersatu. Jangan biarkan pentadbiran negeri tergantung. Utamakan rakyat,” katanya.

Related Posts

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

IPOH – Isu pemindahan tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping dan Night Safari ke Zoo Tennoji kini mencapai tahap perbincangan tertinggi apabila dibawa terus kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

PUTRAJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diarahkan mempertingkat operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN