UMNO Pahang anggap Muhyiddin biadab

UMNO Pahang menganggap kenyataan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai biadab dan menghina institusi diraja Pahang.

Selain itu, ucapan Muhyiddin ketika siri kempen sempena pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri minggu lalu juga berniat jahat dan cuba menghasut rakyat untuk hilang kepercayaan kepada institusi Raja-Raja Melayu.

Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut menyatakan sokongan penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang mahu pihak polis mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Presiden Bersatu itu.

“Seperti mana kemurkaan Tengku Mahkota Pahang, kami juga merasa marah dan tersinggung dengan kenyataan dibuat Muhyiddin.

“Kenyataan Muhyiddin itu juga menimbulkan suasana yang tidak harmoni dan menggores perasaan kami yang sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan Sultan Pahang dan institusi diraja Pahang,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO menyeru seluruh rakyat, terutamanya rakyat Pahang terus menzahirkan taat setia dan mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu serta berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara.

Tengku Hassanal dalam satu kenyataan awal hari ini menyatakan rasa murka dan meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap Muhyiddin.

Sebanyak 30 laporan polis sudah dibuat oleh pelbagai pihak terhadap Muhyiddin susulan petikan video ucapannya ketika berkempen di PRK Nenggiri.

Related Posts

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Slogan ‘UMDAP’ taktik pembangkang untuk kelirukan pengundi – Ahmad Maslan

ALOR SETAR – Dakwaan kononnya Kerajaan Perpaduan hanya dipimpin oleh UMNO dan DAP disifatkan sebagai tidak berasas, malah merupakan satu lagi taktik pembangkang untuk mengelirukan rakyat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif