UMNO Kelantan kekal bersemangat tawan Nenggiri

KOTA BHARU – Kekalahan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang, tidak mematahkan semangat UMNO Kelantan untuk bertanding pada PRK DUN Nenggiri.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, kekalahan itu memberi semangat kepada mereka.

Katanya, kekalahan di Sungai Bakap kemungkinan disebabkan isu yang dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN) dan protes daripada rakyat.

“Hari ini kita berhadapan dengan protes (rakyat) atas pelaksanaan dasar yang dibuat oleh kerajaan, selain beberapa isu yang dimainkan oleh PN.

“Apa pun sebahagian besar dasar kerajaan yang ada hari ini, yang baik kita akur, tetapi yang UMNO rasa kurang baik, kerajaan perlu melihat kembali terutama soal penyasaran diesel, isu BlackRock dan sebagainya. Ini isu yang dimainkan oleh PN.

“Saya yakin rakyat dan penyokong UMNO tahu ianya (isu) adalah satu bentuk fitnah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi memenangi hati rakyat, UMNO Kelantan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk menawan hati pengundi pada PRK DUN Nenggiri.

“Kita ambil kira (kekalahan di Sungai Bakap) dan pada masa sama, UMNO akan berusaha memainkan peranan iaitu merancang memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Walaupun UMNO dianggap ‘underdog’ dan berdepan dengan kuasa besar (kerajaan Kelantan), namun turut mempunyai peluang untuk menang. Ini berikutan rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan negeri,” katanya.

Media kelmarin melaporkan, PN mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi selepas menewaskan calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan