UMNO kekal, Pemuda main peranan tegur kerajaaan

KUALA LUMPUR – UMNO wajar kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), namun Pergerakan Pemuda UMNO akan memainkan peranan lebih lantang sebagai semak dan imbang dalam menegur kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias berkata, peranan itu juga mencerminkan realiti politik semasa apabila rakyat kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu yang dibawa sayap parti itu berbanding dasar yang dibawa oleh pembangkang.

Menurutnya beliau, mandat agar Pemuda UMNO menjadi lebih ‘bingit’ atau lantang telah direstui sendiri oleh kepimpinan tertinggi parti.

“Perasmian (Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO) oleh timbalan presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan Pemuda UMNO harus menjadi bingit, menjadi semak dan imbang. Itu bermakna satu mandat yang diberikan oleh timbalan presiden, pucuk pimpinan kepada kami.

“Saya rasa benda ini adalah satu signal kepada parti-parti lain termasuklah parti dalam kerajaan itu sendiri, terutamanya pihak lawan kerana sikap mereka menunjukkan bahawasanya hari ni pembangkang sudah tak efisien.

“Mereka tidak dapat melaksanakan tugas pembangkang dengan baik dan peranan itu diambil sendiri oleh pergerakan pemuda UMNO Malaysia. Kalau kita tengok pada hari ni, kita tak boleh menafikan sepanjang suasana politik pada masa kini, orang akan lebih menilai atau melihat isu-isu yang dibawa oleh Pergerakan Pemuda UMNO,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, keberadaan UMNO dalam kerajaan amat penting bagi mengimbangi dasar kerajaan yang dilihat tidak selari dengan kepentingan rakyat mahupun ahli parti.

“Seperti mana ketetapan oleh pucuk pimpinan terutamanya Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), saya sebagai akar umbi salah seorangnya berpandangan bahawasanya UMNO perlu berada dalam kerajaan untuk memastikan agenda Melayu dan Islam itu terbela. Jika UMNO tiada dalam kerajaan, tugas siapa?

“Kita tidak yakin mana-mana parti lagi yang boleh membawa tunjang ekonomi martabat Melayu, agama Islam untuk di dalam kerajaan. Jadi UMNO sangat-sangat penting dan keberadaan UMNO adalah untuk mengimbangi dan menjadi tiang seri kepada kerajaan pada hari ini,” katanya.

Mengulas pandangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh agar parti berundur diri daripada kerajaan, beliau berpandangan luahan yang disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Melaka itu adalah hasil dapatan sentimen ahli di peringkat bawah, namun Pemuda UMNO tetap menghormati sebarang keputusan yang dibuat kepimpinan parti.

“Luahan Dr Akmal itu kerana beliau mengambil suara daripada akar umbi tetapi keputusan daripada pucuk pimpinan parti yang tak boleh nak dinafikan.

“Justeru, beliau sebagai ketua pemuda bagi saya beliau berjiwa besar dan menerima keputusan parti dan InsyaAllah pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini, kita akan perkukuhkan dan perkuatkan semula agenda untuk UMNO terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong, Ahmad Ferdaus Abdul Barit berpandangan, Pemuda UMNO perlu kekal berperanan sebagai kumpulan pendesak dalam kerajaan.

“Perkara yang paling penting dalam perlembagaan persekutuan jangan diganggu-gugat. Individu mahupun parti-parti yang berada dalam kerajaan perpaduan yang mengganggu-gugat kedudukan perlembagaan yang menjaga orang Melayu kita akan berkeras.

“Pemuda UMNO akan mulakan tindakan dan kita akan mendesak. Sebab Pemuda UMNO daripada zaman dulu sehingga sekarang kita adalah kumpulan pendesak,” katanya.

Katanya, sebarang keputusan besar termasuk soal kekal atau berundur daripada kerajaan perlu diputuskan melalui perbincangan dalaman dan mesyuarat di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Pemuda boleh mendesak dan bersuara lantang, tetapi akhirnya perlu ada perbincangan, bermesyuarat dengan kepimpinan tertinggi agar keputusan dapat dibuat secara holistik. UMNO ialah sebuah institusi yang berpandukan musyawarah dan menghormati keputusan di peringkat kepimpinan MKT,” katanya.

Ahmad Ferdaus turut menyokong pandangan supaya UMNO kekal dalam kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), dengan mengambil kira pengalaman luas kepimpinan parti dalam mentadbir negara.

“Apabila UMNO kembali berada dalam kerajaan, kita lihat pentadbiran semakin stabil. Menteri-menteri UMNO mempunyai rekod prestasi yang baik dan pengalaman luas. PMX masih mempercayai kepimpinan UMNO dalam menguruskan negara. Kerajaan Perpaduan masih memerlukan UMNO sehingga PRU16,” katanya.

Related Posts

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy